Friday, October 30, 2009

KUNDALINI REIKI (VERSI 2008)

KUNDALINI REIKI
Kundalini Reiki merupakan salah satu jenis Reiki yang sekian banyaknya tersebar ketika ini. Ianya lebih mudah, tanpa penggunaan simbol, warna atau visual yang merumitkan.
Kundalini Reiki bermakna saluran penyembuhan yang tertentu dan cakra-cakra telah dibuka dan anda dengan itu mendapat jalan masuk ke tenaga bumi. Cakra Dasar iaitu pusat tenaga terletak berhampiran hujung tulang belakang berperanan sebagai pintu masuk untuk tenaga reiki kundalini. Selepas proses pengaktifan dilakukan tenaga akan mengalir keseluruhan tubuh melalui saluran utama tenaga dan keluar dari cakra mahkota yang terletak dibahagian atas kepala. Saluran tenaga ini bergerak dari cakra Dasar ke cakra mahkota. Kundalini terbuka bermakna,selepas suatu masa yang tertentu,pemerosesan pembersihan cakra-cakra pun akan mencapai kesempurnaan. Ianya bererti segenap bahagian-bahagian tubuh dan saluran tenaga telah diperolehi dan telah tersedia untuk digunakan dalam berbagai situasi penyembuhan.
Photo dibawah menunjukkan diantara kaedah rawatan dalam Reiki



**(Photos owner from suzanneReiki.ca - thanks!)



Kundalini Reiki dapat dikuasai setelah penyelarasan / attunement yang mudah, hanya memerlukan masa lebih kurang 25 minit untuk proses attunement.
Kundalini Reiki 2008
Ia adalah Kundalini Reiki versi terbaru yang telah di upgrade dan diperbaharui dengan mempunyai hanya 3 tingkatan / level secara keseluruhannya. Iaitu KR1, KR2, KR3 (Master). Versi Kundalini Reiki yang lama / yang sebelum ini mempunyai 9 level iaitu tambahan 6 level selepas level 3 yang dipanggil sebagai booster yang perlu diambil attunement secara berasingan dan berperingkat-peringkat (jarak masa 5 hari setiap peringkat). Tetapi Kundalini Reiki yang terbaru kali ini telah singkatkan menjadi 3 level secara keseluruhannya.ang diajar.

KUNDALINI REIKI LEVEL 1– KR1

Dalam penyelarasan aturan kundalini reiki 1 (KR1) – kesemua simpulan dan sekatan dalam cakra-cakra disingkirkan (melainkan cakra Dasar). Saluran utama tenaga, dari cakra mahkota ke cakra Dasar dibersihkan sebagai penyediaan untuk pembangkitan Kundalini Reiki yang anda akan alami dalam pengaktifan Kundalini Reiki peringkat 2 (KR2). Dimana cakra hati menjadi bertambah besar dan saluran tenaga dari tangan ke cakra mahkota dibuka supaya reiki boleh mengalir,sebaik-baik sahaja berlaku proses pengaktifan. Kundalini Reiki 1 (KR1) adalah bersamaan attunement USHUI REIKI 1,2,3.

KUNDALINI REIKI LEVEL2 -KR2
Dalam Kundalini Reiki peringkat 2, kesemua cakra-cakra utama dan saluran-saluran tenaga akan kosong dan terbuka. Mula berlaku pembangkitan kundalini, penaikan Api kundalini minima ke cakra pusar (solar plexus Chakra). Bersedia untuk pembangkitan penuh kundalini pada peringkat KR3. Di peringkat ini anda juga akan diajar meditasi khusus Kundalini Reiki yang dapat menaikkan api/energi kundalini dalam masa yang singkat. Melalui meditasi ini juga jalur-jalur energi / cakra dapat dibersihkan.

MODULE PEMBELAJARAN & TEKNIK MASTER KUNDALINI REIKI
HEALING (PENYEMBUHAN) - Setelah anda menerima pengaktifan Kundalini Reiki – KR1, maka serta-merta anda telah mampu melakukan rawatan penyembuhan diri sendiri mahupun orang lain dari jarak dekat mahupun jauh.
CLEANSING ROOM / HOUSE (PEMBERSIHAN UNSUR NEGATIF DALAM RUMAH / TEMPAT.) -Kaedah Kundalini Reiki juga boleh dimanfaatkan untuk meneutralkan unsur-unsur negatif dalam kediaman dan ianya juga boleh dilakukan dari jarak jauh mahupun dekat. www.reiki-malaysia.com
HEALING THE CARMIC BAND (PENYEMBUHAN HUBUNGAN KARMA) -Untuk memperbaiki hubungan seseorang dengan lainnya. Hubungan rumahtangga, jiran dll.
SITUATION / QUALITIES HEALING (PENYEMBUHAN SITUASI/KUALITI)-Untuk menyembuh / memperbaiki sesuatu situasi atau kualiti sesuatu peribadi/watak/ sifat buruk manusia. Seperti ketidakstabilan emosi. Contohnya perasaan cemburu yang keterlaluan, lemah semangat, malas,kecewa dan putus asa, gelisah, bimbang, risau tidak menentu, ketidakyakinan diri, kesedihan, kemarahan, dan sebagainya.

KUNDALINI REIKI LEVEL 3 (KR3 - MASTER)
Inilah level terakhir dalam pengaktifan Kundalini Reiki,dan dari level ini anda sudah mencapai level master dan boleh mengajarkannya kepada orang lain. Anda boleh memberi attunement walaupun anda sedang tidur!! Dan anda akan memperolehi lagi beberapa penyelarasan tambahan seperti dibawah.
DIAMOND REIKI (REIKI BERLIAN) - Apabila menggunakan teknik ini, maka sebuah kristal (berlian) eterik akan berada di chakra mahkota praktisi, dan memperkuatkan kualiti penyaluran Reiki praktisi.
CRYSTALLINE REIKI (REIKI KRISTAL) - Dikeseluruhan tubuh kita terdapat jumlah kecil kristal yang tertentu,ini adalah jalan keluar bagi trauma yang telah kita alami sepanjang hidup. Setiap kali kita gagal untuk menyelesaikan sesuatu trauma,sebutir kristal akan terbentuk. Trauma ini contohnya adalah seperti tangan yang patah, terseliuh, kesedihan dan sebagainya. Jika umpamanya seseorang itu terpatah tangan sebutir kristal terbentuk untuk menjadi memori dari kesakitan dan perasaan dari trauma itu. Melalui kaedah pengaliran reiki kristal ini boleh dicair dan disembuhkan.
DNA REIKI (REIKI DNA) - Menguatkan keupayaan untuk menyembuhkan / memperbaiki kualiti DNA. Contohnya penyakit keturunan seperti Asma & dll.
BIRTH TRAUMA REIKI (REIKI TRAUMA KELAHIRAN) - Salah satu bentuk trauma adalah trauma akibat proses kelahiran. Ini mungkin terjadi akibat proses kelahiran yang sulit seperti bayi songsang, tak cukup bulan, tali pusat terbelit dan sebagainya. Kesan daripada kejadian tersebut mungkin mengakibatkan seseorang tersebut mengalami trauma seperti takut dalam kegelapan atau sesuatu dan sebagainya. Trauma ini dapat dihilangkan secara perlahan dengan - teknik ini
LOCATION REIKI (REIKI LOKASI) Teknik ini digunakan untuk menyelaraskan “Carmic Band” antara manusia dengan suatu tempat yang penuh energi negatif yang boleh menggangu kesihatan manusia. Oleh itu teknik location reiki digunakan untuk meneutralkan energi negatif tersebut.
BALANCE REIKI (PENYEIMBANGAN REIKI) - Teknik ini digunakan untuk menyeimbang seluruh sistem energi tubuh .
MODULE TAMBAHAN
REIKI UNTUK PELBAGAI HAJAT:
1. Penarik Cinta dan Pengasihan
2. Rezeki dan Kekayaan
3. Meningkatkan Karisma Diri
4. Pemagaran Ghaib
5. Peminjam Membayar Hutang
6. Mengaktifkan Panca Ke-Enam
7. Pelbagai hajat, Matlamat dan Masalah
ATTUNEMENT
Untuk mempelajari Kundalini Reiki sebelum itu terlebih dahulu perlulah dibuat 'attunement' (penyelarasan/ pengijazahan). Perumpamaannya seperti ketika anda membeli sebuah radio baru, ia tidak dapat digunakan sehinggalah anda menyelaraskan frekuensi / gelombang stesen siaran yang dikehendaki. Kemudian barulah anda dapat menerima & mendengar siaran radio tersebut. Proses attunement akan memakan masa lebih kurang 25 minit.
Kursus ini diambil secara jarak jauh . Ianya amat mudah anda hanya perlu sms atau hubungi saya di talian : +6013-2081972.

YURAN PERLATIHAN MASTER KUNDALINI REIKI
Reiki merupakan suatu keilmuan yang sangat dirahsiakan. Reiki mula menyebar setelah diajarkan di Hawai, Amerika Syarikat. Ini kerana orang-orang barat beranggapan sesuatu yang bagus haruslah disebarluaskan. Pada mulanya penyebaran Reiki bermula agak perlahan disebabkan faktor pembiayaan yang sangat besar. Yuran untuk mempelajari Reiki level 1 adalah US$200.00 (RM760.00) , untuk tingkat kedua adalah US$600.00 (RM2,280.00) dan untuk tingkat Master adalah US$10,000.00 (RM38,000.00)!!....
Di masa kini, kita amat beruntung kerana sudah ramai Master Reiki yang walaupun telah mengeluarkan biaya yang besar namun mahu mengajar Reiki dengan bayaran yang lebih rendah dengan tujuan agar Reiki dapat disebarkan seluas-luasnya demi kesejahteraan umat manusia.

KEISTIMEWAAN DAN KEBAIKAN REIKI

KEISTIMEWAAN DAN KEBAIKAN REIKI

1. Mengalir secara automatik

Sifat ini adalah salah satu yang menarik dalam pengamatan terhadap fenomena Reiki. Bila tangan seorang pengamal diletakkan pada atau berdekatan dengan orang hidup, reiki akan "mengalir/hidup" secara automatik. Pengamal tidak perlu memiliki niat yang nyata, kerana ketika ia tidur dan tangannya sedang diletakkan pada luka seseorang, Reiki tetap mengalir walaupun pengamal tersebut tertidur.

Jelaslah, bahawa dari pengamatan ini, kita boleh melihat bahawa aliran Reiki bangkit terlepas dari si pengamal samada niat atau tidak dan terlepas dari keyakinannya. Kita tidak perlu belajar untuk memberikan Reiki. Apabila kita sudah diselaraskan energinya (di-attune), kita hanya perlu meletakkan tangan kita pada atau berdekatan dengan tubuh pesakit.

Pengamatan lain adalah sedikit berbeza. Pengamal mahupun pesakit mengamati bahawa Reiki akan mengalir lebih kuat bila pengamal secara sengaja meletakkan tangannya dengan niat kasih sepenuhnya. Hal ini bererti bahawa bila kita secara sedar berniat untuk membantu pesakit dan tangan kita letakkan dengan niat pula, penyembuhan akan lebih efektif.

2. Mengalir sesuai dengan keperluan

Kekuatan aliran Reiki berbeza sesuai dengan tahap ketidakseimbangan diri pesakit. Contohnya, pada pesakit sangat sakit ataupun secara emosi sangat terganggu, Reki akan mengalir dengan lebih kuat. Jadi, kekuatan aliran Reiki akan sebanding dengan tingkat ketidakseimbangan dari sistem pemulihannya. Tindak balas dari energi merupakan penyeimbang alamiah, ianya akan setaraf dengan tingkat ketidakseimbangan. Aliran energi yang terjadi tidak terikat niat dari pengamal. Energi reiki bertindak sesuai dengan caranya yang tersendiri.

Beberapa orang pengamal Reiki mengamati bahawa Reiki yang mengalir terasa berhenti setelah beberapa ketika semasa berada pada posisi tubuh pesakit. Setelah tangan dipindahkan, energi terasa mengalir kembali. Pada dasarnya adalah "menyembuhkan" di suatu tempat, kita perlu berpindah ke tempat yang lain. Tetapi konsep ini tidak sesuai dengan tanggapan bahawa Reiki mengalir ketempat yang dituju pada tubuh pesakit. Fenomena yang pernah berlaku menunjukkan bahawa para pengamal Reiki yang dilatih betul tidak mengalami "penghentian aliran energi". Aliran dari tangannya tetap dirasakan. Ini menunjukkan pengharapan atau niat sedar dari pengamal Reikilah yang menyebabkan para pengamal Reiki merasakan bahawa aliran reiki terhenti. Melalui percubaan-percubaan perubatan yang lepas menunjukkan pada masa pengamal Reiki merasakan aliran Reiki "terhenti", pesakit yang dipegang masih merasakan aliran energi dengan kuat.

3. Reiki sama kuat pada kedua belah tangan

Aliran dan kesan Reiki sama pada kedua belah tangan. Tidak perlu dikhuatirkan tangan mana yang "memberi" atau "menerima". Apabila kita mengubati seseorang selama satu jam dengan satu tangan, ia akan memperolehi setengah bila kita menggunakan kedua belah tangan kita. Kualitinya tidak berubah. Kita juga boleh mengubati seseorang dengan satu tangan dan orang lain dengan tangan yang satu lagi.

Perlu mengetahui tentang aturan yang berkaitan dengan tangan. Misalnya: kedua tangan harus tetap terletak pada tubuh pesakit. Kedua : tangan tak boleh bersilangan; perletakan harus pada sisi tubuh tertentu. Dan seterusnya. Tidak ada yang salah dengan ilmu-ilmu seperti itu. Tetapi bila kita menggunakan Reiki secara sendiri, aturan-aturan tersebut menjadi tidak perlu. Bila kita menggabungkan Reiki dengan ilmu lain, mungkin kita perlu memperhatikan aturan-aturan dari ilmu tersebut. Hal ini tidak akan mempengaruhi keberkesanan Reiki, ianya akan tetap mengalir dan bekerja.

4. Reiki tidak akan kehabisan

Salah satu pengamatan yang menakjubkan dari Reiki adalah bahawa Reiki tidak semakin berkurangan dengan penggunaannya. Para pengamal mendapati bahawa mereka tetap dapat mengubati pesakit yang sakit sepanjang hari dan Reiki akan tetap mengalir sekuat ketika mereka memulai penyembuhan pada pagi harinya. Justeru itu si pengamal seolah-olah mendapatkan "nilai tambah" dari Reiki, bererti mereka akan mengakhiri harinya dengan merasa lebih kuat daripada saat mereka bangun pagi harinya.

Hal inilah yang membezakan Reiki dengan ilmu penyembuhan yang lain. Banyak ilmu yang memanfaatkan energi fizik (Chi) dari tubuh sebagai sumber energi untuk digunakan kepada pesakit. Ini mengakibatkan pengurasan energi fizik dari pengamal. Keberkesanan keseluruhan hasil dari penyembuhan akan bergantung pada kekuatan dari pengamal. Jumlah pesakit yang dapat diubati setiap hari adalah bergantung pada kemampuan pengamal untuk "mengisi ulang" energi fiziknya.

Ada kecenderungan untuk menggambungkan berbagai ilmu penyembuhan sejenis dalam suatu kelompok sistem "energi" Akupunktur, tai chi, terapi polaritas,shiatsu, penyembuhan magnetic dan penyembuhan "spiritual" lainnya mungkin boleh dikelompokkan dalam kategori ini kerana mereka mengikuti aturan baku, dari aliran energi fizik (chi, ki, prana dan sebagainya) dalam tubuh.

5. Aliran Reiki tidak terpengaruh dengan tingkat kesihatan pengamal.

Seseorang yang sakit biasanya memiliki energi fizik yang sangat lemah sehingga akan kurang efektif bila mengubati orang lain menggunakan energinya sendiri. Pengamatan dari perubatan menunjukkan bahawa seseorang yang sangat sakit dan lemah pun, masih boleh mengalirkan Reiki. Ternyata ia boleh memberikan penyembuhan sekuat seorang pengamal lain yang sihat walafiat. Dari pengamatan ini kita boleh simpulkan bahawa energi Reiki tidak datang dari energi fizik tubuh kita.

6. Reiki boleh diterapkan pada haiwan dan tanaman.

Haiwan cenderung untuk memberi reaksi yang lebih cepat terhadap Reiki daripada manusia. Haiwan memiliki sistem energi yang lebih dinamik dan kekuatan penyembuhan dirinya lebih tinggi. Haiwan juga cenderung memiliki tingkat stress yang lebih rendah, tidak memiliki hambatan emosional mahupun kecenderungan sabotaj diri. Semakin haiwan lebih lama dipelihara manusia, semakin lama proses penyembuhannya. Haiwan peliharaan cenderung "Mengambil" perasaan stress dan emosional dari pemiliknya. Seringkali mereka merupakan refleksi dari pemiliknya. Bila kita melihat seekor anjing yang tegang dan gelisah. Kita boleh memperkirakan bahawa untuk mengubati secara semua, kita mungkin lebih baik mengubati pemiliknya dengan Reikinya (atau ubat penenang!).

Tanaman juga bereaksi terhadap Reiki kerana mereka merupakan medan energi yang hidup dan mungkin tidak seimbang, sehingga akan bereaksi terhadap sifat penyeimbang dari Reiki. Kerana pengaruh dan akibat positif dari Reiki terhadap haiwan dan tanaman, kita boleh simpulkan bahawa pengaruh dari Reiki tidak bersifat psikosomatis.

7. Kita boleh menyembuhkan diri sendiri dengan Reiki.

Banyak "penyembuh berbakat" yang boleh menolong orang lain, tetapi tidak boleh menolong diri sendiri kerana ilmunya tidak boleh bekerja secara efektif bila mereka mencuba menyembuhkan diri sendiri. Kerana Reiki bekerja terlepas dari tubuh pengamal, pengamal boleh meletakkan tangannya pada tubuh mereka sendiri dan menikmati seluruh aliran dan manfaat dari Reiki. Hal ini sangat penting bila ditinjau dengan kaca mata penyembuhan preventif. Salah satu kenikmatan dari kehidupan seorang pengamal adalah waktu dan kemampuan yang digunakan untuk mengubati diri sendiri.

8. Siapapun boleh diselaraskan energinya (di "attune") dengan Reiki.

Bila "attunement" dilakukan dengan benar, siapa pun boleh memperolehi pengaktifan Reiki melalui tangannya. Bahkan "attunement" boleh dilakukan pada mereka yang sedang dalam koma. Kanak-kanak dan haiwan. Asalkan seluruh "attunement" diterima, siapa pun akan memiliki Reiki seumur hidupnya.


9. Reiki bukan suatu kepercayaan, agama ataupun aliran.

Reiki dipraktikkan oleh banyak orang dari berbagai latar belakang. Orang Muslim, Kristian, Yahudi, ateis dan lain-lain boleh memperolehi manfaat daripada Reiki. Kerana ia tidak terikat pada satu agama atau pun kefahaman tertentu. Apabila kita telah memperolehinya kita akan memilikinya seumur hidup dan boleh digunakan mengikut keinginan kita. Kita tidak perlu terikat kepada satu kumpulan atau pun kelompok . Kita boleh memilih menganggotai sesuatu kumpulan apabila kita inginkan memperolehi maklumat dan berjumpa dan bertemu dengan pengamal Reiki yang lain.

Tidak ada guru dalam Reiki, walaupun ada orang yang menganggap dirinya sebagai guru. Para Reiki Master adalah manusia biasa yang telah dilatih untuk menyelaraskan energi orang lain. Mereka memiliki kelebihan, kelemahan dan krakter sebagai manusia biasa seperti yang lain. Biasanya Reiki Master menganggap dirinya sebagai "Master dalam mempelajari" .

10. T idak ada kesan sampingan yang berbahaya daripada Reiki.

Dalam masa dua dekad ini, semenjak para Reiki Master secara aktif menyelaraskan energi kepada orang lain di Barat, belum ada laporan mengenai kesan sampingan yang negatif daripada Reiki. Ramai orang yang beranggapan ianya membawa kesan yang negatif . Ini kerana ianya tidak memiliki kefahaman terhadap proses penyembuhan dari sudut psikologi dan ia boleh disalah ertikan apa yang mereka alami. Apabila tubuh melalui proses penyembuhan, kadang kala dirasakan kesan yang tidak baik dalam jangka masa pendek.

Contohnya : seseorang yang mengeluh sendinya terkena penyakit arthritis mungkin akan merasai peningkatan rasa sakit selama beberapa kali ketika proses penyembuhan Reiki pertama kali dilakukan. Aliran Reiki akan meningkatkan aliran darahnya ke sendi yang tidak pernah dialiri darah dengan baik selama bertahun-tahun. Peningkatan aliran yang mendadak ini tentunya akan terasa sakit pada awalnya, tetapi akhirnya akan memberi kesan yang luar biasa!.

Mereka yang memiliki stress serta emosi yang tidak stabil akan merasakan seperti tidak tentu arah ketika proses aliran Reiki di saat awal proses penyembuhan mereka. Penyakit kanser juga sering mengalami peningkatan rasa sakit disekitar tumor pada awal penyembuhannya.

11. Reiki bersifat saling melengkapi terhadap ilmu lain.

Tidak ada kontra-indikasi dalam penggunaan Reiki dapat digunakan sendiri atau pun digabungkan dengan terapi jenis lain. Adakalanya masalah kesihatan yang kita alami begitu serius sehingga kita perlu memanfaatkan semua yang ada disekitar kita. Contohnya: Reiki sangat luar biasa bila menyembuhkan luka, bahkan yang besar sekali pun. Tetapi, apabila penyakit tersebut sangat kronik dan memerlukan pembedahan, maka kita tetap perlu menemui doktor bedah tersebut. Pada masa ini kita boleh memberikan Reiki pada tubuh kita sebanyak mungkin kerana ia dapat mempercepatkan proses penyembuhan dan mengurangi rasa sakit dan bekas luka.

Penyakit serius seperti kanser tetap perlu diubati dan diuruskan oleh kumpulan perubatan dalam setiap segi Reiki tetap akan meningkatkan aliran menyeluruh dari tubuh dan kemampuan tubuh untuk sembuh kembali. Reiki juga akan mengurangi kesan sampingan dari penyembuhan perubatan seperti kemoterapi dan terapi radiasi, serta memaksimakan potensi penyembuhannya. Sementara sesi penyembuhan Reiki akan difokuskan pada punca penyebab penyakit tersebut.

12. Reiki menyembuhkan pada punca sebenar penyakit (akar penyebab penyakit)

Salah satu pengamatan Reiki mempunyai kesimpulan yang penting. Pesakit dan pengamal Reiki mendapati apabila tangan pengamal Reiki diletakkan pada posisi tertentu, contohnya di kepala pesakit, pesakit akan merasakan aliran Reiki pada bahagian tubuh yang berbeza. Bahagian yang dirasakan paling kuat inilah yang mempunyai ketidak seimbangan tersebut. Contohnya pesakit yang mempunyai ginjal yang sakit, akan merasakan aliran Reiki paling kuat disekitar ginjalnya, walaupun tangan pengamal Reiki berada dibahagian anggota tubuh yang lain.

Reiki adalah energi penyeimbang secara semulajadi iaitu aliran Reiki tersebut akan menuju ketempat yang paling tidak seimbang . Sudah tentu ianya masih mempunyai kesan sampingan kerana Reiki dialirkan melalui bahagian tubuh melalui tangan si pengamal Reiki tersebut dimana tangan tersebut diletakkan.

Tubuh kita terdiri dari energi dengan tingkat getaran yang berbeza. Getaran terendah mewujudkan kerangka tubuh kita. Getaran yang lebih tinggi menjadi pelbagai otot, organ tubuh dan darah kita sehingga ke getaran yang tertinggi yang mewujudkan diri sebagai sistem energi kita (chi/Qi, prana, ki dan sebagainya). Banyak perkara yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan dalam suatu sistem energi. Gangguan emosi dan trauma, diet, gangguan metal, luka dan sebagainya adalah boleh menjadi penyebab sesuatu penyakit tersebut. Apabila sistem energi tidak seimbang, maka wujud perubahan secara fizik ataupun mental. Perubahan-perubahan ini kelak akan bermanisfestasi sebagai penyakit yang kita kenal.

Umumnya, setiap penyakit berpunca daripada perbagai faktor yang saling berkait. Bagaimana kita diubati akan bergantung kepada penyakit apa yang dialami. Seorang Doktor juga akan menentukan "penyebabnya" supaya boleh memfokuskan ketempat yang paling sesuai dengan punca penyakit tersebut.

Apa yang istimewa perubatan menggunakan Reiki adalah kerana Reiki tidak secara spesifik menyembuhkan penyakit yang dialami tetapi ia akan mencari punca penyakit tersebut yang lebih utama. Ini kerana Reiki merupakan energi penyeimbang, Reiki "menyembuhkan" seluruh sistem tubuh.



13. Tidak memerlukan kajian/pengetahuan punca penyakit


Seorang pengamal Reki boleh menjadi seorang perawat dalam waktu yang singkat. Sekurang-kurang seseorang yang ingin mempelajari cara mengubati dan mengenalpasti punca sesuatu penyakit dan mahir dalam bidang tersebut memerlukan masa sekurang-kurangnya 4 tahun. Reiki akan menuju ketempat yang paling efektif untuk pesakit tersebut. Kita tidak perlu mengetahui ke mana tenaga Reiki perlu diarahkan dan tidak perlu mengetahui juga apakah penyakitnya. Apabila seorang pesakit ingin mendapatkan kepastian tentang penyakitnya, dianjurkan supaya pesakit tersebut berjumpa dengan doktor perubatan.

Seorang pengamal Reiki akan melakukan cara yang sama untuk mengubati semua jenis penyakit. Maka ianya tidak memerlukan untuk mengetahui dimana kita harus meletakkan tangan. Apabila Reiki dipraktikkan dengan cara yang teratur, Reiki akan meningkat intuisi mereka. Intuisi ini akan mempereratkan hubungan batin dengan pesakit ketika proses penyembuhan berlaku, ini bermakna pengamal Reiki tersebut akan lebih peka terhadap kedudukan serta jenis "penyakit" pesakit. Sememangnya sangat asyik untuk mendorong peningkatan intuisi melalui Reiki, tetapi Reiki tidak boleh dijadikan sebagai alat untuk mengdiagnosis penyakit orang lain. Ini kerana ianya sangat subjektif dan penuh bahaya apabila wujud kesalahan ketika melakukan diagnosis tersebut.

Apabila ketika proses perubatan, seorang pengamal Reiki dapat mengetahui tentang penyakit yang serius yang dialami oleh pesakit seeloknya menganjurkan kepada pesakit tersebut supaya melakukan "check-up" dengan doktor. Seorang pengamal yang menyatakan kepada pesakit tersebut terkena sesuatu jenis penyakit adalah dianggap sebagai tidak bertanggungjawab walaupun ianya betul! Ini bagi mengelakkan pesakit tersebut berasa terkejut dengan penyakit yang dialami olehnya.

14. Reiki mengurangi stress

Ketika seorang pesakit yang menerima aliran energi Reiki dan pesakit tersebut dihubungkan dengan peralatan "biofeedback", instrument menandakan bahawa gelombang otak mereka menunjukkan gelombang alpha. Hal ini menunjukkan ianya mengurangi tingkat stress dalam tubuh pesakit. Ramai orang yang mengatakan bahawa mereka merasakan tubuh sangat relaks dan lebih tenteram.

Stress merupakan salah satu punca utama yang menyumbangkan terhadap perkembangan sesuatu penyakit. Ianya mempunyai kesan terhadap orang tersebut dalam jangka masa pendek dan juga jangka masa panjang.

REIKI ( TENAGA ALAM SEMESTER )

APA ITU REIKI?
Reiki berasal daripada bahasa Jepun, Rei ertinya alam semesta dan Ki ertinya energi/tenaga. Jadi Reiki bermaksud tenaga daripada alam semesta. Ia adalah suatu kaedah penyembuhan traditional dengan telapak tangan iaitu dengan meletakkan tangan ke atas bahagian tubuh yang sakit sama ada dengan menyentuhnya ataupun tidak. Dengan itu tenaga yang diserap dari alam semesta dapat disalurkan kepada bahagian tubuh pesakit.
Kesimpulannya, Reiki adalah satu proses penyaluran energi dari alam semesta melalui pengamal Reiki kepada pesakit yang bertujuan untuk meningkatkan kemampuan semulajadi tubuh untuk menyembuhkan diri sendiri dengan menyeimbangkan kembali energi pesakit tersebut

Reiki memiliki beberapa kelebihan dibandingkan dengan teknik penyembuhan yang lain, diantaranya:
- Mudah dipelajari, memerlukan pengetahuan yang minima
- Mudah dilatih, tidak memerlukan latihan fisik yang melelahkan
- Getaran energinya (vibrasi) lebih halus, lebih efektif untuk penyembuhan
- Mengalir menuju sumber masalah atau penyakit
- Energi tidak akan habis dan mengalir sesuai keperluan
- Menyembuhkan masalah fisik,emosi, mental dan spiritual
- Mudah didapatkan, hanya dengan attunement sekitar 25 minit
- Dapat digunakan untuk perlindungan dan materialisasi (perwujudan keinginan)
- Kemampuan bersifat permanent tidak ada pantangan, asal tidak menggunakan Reiki untuk tujuan negatif
- Penyembuhan dapat dilakukan dari jarak jauh dan pemprograman
- Energi negatif pesakit tidak menular ke penyembuh
- Energi penyembuh tidak berkurang.
- Dapat dilakukan penyembuhan berkelompok.
- Energi penyembuhan dapat meningkat secara kuantiti dan kualiti setiap kali
menyembuhkan/mengalirkan energi Reiki
- Beberapa penyembuh dapat menggabungkan energi Reiki dengan energi lain untuk
penyembuhan

Beberapa manfaat Reiki, diantaranya:
- Meningkatkan level energi dan vitalitas Anda
- Meningkatkan intuisi dan menjernihkan fikiran
- Peningkatan kesihatan, kualiti hidup & pengembangan peribadi
- Mempercepat penyembuhan luka, gangguan/hambatan, pusing migrain (sakit kepala
sebelah), asma dan sebahagian besar masalah kesehatan lainnya secara efektif
- Mengurangi stress secara dramatis
- Mempercepat kemampuan tubuh untuk menyembuhkan diri
- Mengurangi rasa sakit dan efek samping ubat
- Membantu memulihkan penyakit, trauma kecelakaan dan operasi.
- Melepaskan racun tubuh
- Mempercepat proses penyembuhan alami dengan menyelaraskan energi tubuh
- Boleh diterapkan pada haiwan & tumbuhan
- Memulihkan tingkat keselarasan & keseimbangan seseorang
- Memperpanjang umur sel tubuh dan menghaluskan kulit

Prinsip Hidup Reiki :
Untuk hari ini saya tidak akan marah
Saya tidak akan cemas
Saya akan bersyukur atas semua kurnia
Saya akan bekerja dengan baik
Saya akan berbuat baik pada seluruh makhluk hidup

ILMU TUA ( KESELAMATAN )

Ilmu tua atau keselamatan amat jarang diketahui oleh generasi muda kini. Ilmu ini merupakan ilmu yang diguna pakai oleh segelintir orang tua semasa zaman komunis dulu untuk keselamatan diri. Untuk memiliki ilmu ini hanya orang orang tertentu sahaja yang memperolehinya. Ini berdasarkan keikhlasan diri penuntut untuk memiliki dari kaca mata dan gerak hati seorang guru. Ilmu ini diantaranya menggunakan 4 unsur yang terdapat dalam diri kita sendiri.

Wednesday, October 7, 2009

Datokku Seorang Perjuang

Dalam coretan SELEMPANG MERAH yang aku ceduk dari mana mana artikal ada kebenarannya kerana aku sendiri pernah mendengar sendiri cerita tu dari atok aku sendiri Hj Tunas Bin Othman dari kampung SARANG BUAYA SEMERAH BATU PAHAT JOHOR. yang merupakan salah seorang panglima atau bala tentera SELEMPANG MERAH. Tetapi yang diceritakan oleh beliau adalah peristiwa yang berlaku di Johor aje tak tau lak aku ada pulak di sungai manik perak. Walaubagaimana pun kita patut sama sama menghargai perjuangan mereka walau dimana saja mereka " Al Fatihah" buat mereka yang gugur demi menegakkan maruah bangsa agama dan negara.

Sedikit cerita yang pernah aku dengar, sifat orang kita yang tidak dapat dikikis dari dulu hingga sekarang ialah PHD. ( harap hanya segelintir aje le) Jadi di zaman penjajahan tu ramailah le orang orang kita yang handal handal terkorban begitu saja tanpa pembelaan. Alhamdulillah munculnya Kyai Salleh dapat menyatukan ramai orang orang melayu dibawah panji Selempang Merah untuk menentang kezaliman bintang tiga diwaktu itu.

Bercerita ttg kezaliman komunis, datok (Abdullah Bin Hj Marzuki ) iaitu bapa kepada ayah aku sendiri terkorban akibat kekejaman komunis malah kami sekeluarga tidak tahu di mana kuburnya. Diceritakan telah beberapa kali pihak komunis ni cuba menangkap dan membunuh atok aku ni tetapi tidak berjaya. Maklumlah org dulu dulu sedikit sebanyak ada juga ilmu didada. Akhirnya beliau tewas juga akibat adanya orang kita menjadi talibarut komunis. Beliau diheret masuk kedalam hutan dan diikat pada pokok besar lalu ditebang pokok tersebut. Datok aku bersama beberapa orang kampung cuba membawa jenazah beliau keluar dari hutan tersebut tetapi tidak berjaya lalu jenazah beliau dikuburkan di tempat beliau terkorban. Nak cerita, bukan bangsa asing sebenarnya yang berjaya memusnahkan bangsa kita tetapi orang atau bangsa kita sendiri. Jadi beringatlah..... .

Allahyarham Hj. Tunas Bin Othman merupakan salah seorang yang agak dikenali Semerah Batu Pahat Johor. Beberapa kali ketika aku bersama rakan rakan sekolah mengeteh dibeberapa kampung sekitar dan biasalah org kampung .... dia org suka bertanya anak siapa , cucu siapa kalu aku sebut bapa lambat sikit diorang nak kenal tetapi kalau sebut aje cucu Tunas sarang buaya .... dengan pantas mereka ooooooooo cucu tunas rupanya. Jadi dapat le aku buat kesimpulan bahawa memang agak hebat gak datuk akuni ... kembang lubang hidung .... kah kah kah.... lebih lebih lagi bila pakcik pakcik atau wak wak yang seangkatan dengan atok aku bercerita ttg kehebatan datok ku itu. Bukan nak bermegah sekadar mengingat cerita keluarga... moga-moga jika aku tiada nanti dapat gak anak cucu cicit aku nanti tahu sedikit kisah keturunan mereka. Mengingat kisah semasa aku kecil dulu memang ramai orang yang datang ke rumah datuk aku untuk belajar silat. Yang seronoknya bila sampai waktu khatam silat... peh nasi ambeng oooooo .. nasi ambang dulu bukan macam pasar malam punya nasi ambang. Yang istimewanya nasi ambang tu kita adap empat atau lima orang sedulang besar bersama seekor ayam yang telah digulai.. memang tak dapat nak rasa sekarang ni.

Aku dan adik aku memang diantara cucu cucu Hj Tunas yang amat bertuah kerana adalah sedikit ilmu beliau yang dapat aku pelajari dari datok aku tu. Memang ramai sepupu aku yang jelous tetapi bukannya pilih kasih tetapi kerana aku memang dibesarkan di rumah atok aku jadi memang rapatlah aku dan adik aku dengan atok dan nenek aku tu. Balik sekolah aje aku pulang ke rumah atok pastu sementara aku nak pergi sekolah agama dapat le aku bermanja dan mendengar cerita kisah dulu dulu dengan atok aku tu.

Berbanding aku dengan adik aku, adik aku dapat la lebih menuntut ilmu dari atok aku tu maklumlah lepas form three aje aku g asrama penuh dan semasa datuk meninggal dunia pu aku tak dapat pulang melihat buat kali terakhir..... . Apa yang aku dapat ialah belajar buah pukul 7 hari yang mana dapat aku turunkan kepada anak murid aku di sekolah. ( Alhamdulillah... ).

SELENDANG MERAH ( SELEMPANG MERAH)

Salleh bin Abdul Karim mungkin tidak dikenali,tetapi nama inilah yg meletakkan masyarakat Melayu kpd peradaban tertinggi terutama bagi pendududk sekitar daerah Batu Pahat dan Muar pada awal tahun 1940-an dahulu. Ingatan masyarakat Melayu terutama Banjar dan Jawa terhadap jasa-jasa Salleh bin Abdul Karim menganjur hingga ke penghujung tahun-tahun 70-an. Kini nama Salleh bin Abdul Karim, Atau biasa disebut Panglima Salleh atau Cikgu Salleh atau Kiyai Salleh atau Salleh Hitam atau Salleh Keling atau Guru Salleh atau Salleh Selendang Merah Itu sudah tidak lagi meniti di bibir kebanyakan orang, Malah sejarah keagungannya membela orang-orang Melayu yg dizalimi komunis pada zaman selepas pendudukan Jepun sudah tidak kedengaran lagi.Riwayat hidup Salleh sebelum dia dikenali sebagai pemimpin kpd gerakan perang membela maruah orang Melayu amat menarik utk dimaktubkan, seterusnya dinobatkan.Ini kerana disamping beliau seorang pemimpin agung bagi pengikut-pengikutnya, dia juga terkenal sebagai seorang pemimpin yg sanggup turun berjuang bermodalkan darahnya sendiri.Salleh dilahirkan di Tanjung Olak batu, Bukit Pasir, Muar pada tahun 1916 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Jorak. Ketika berusia 13 tahun, beliau telah pun mula menunut pelbagai ilmu kepahlawanan Melayu daripada beberapa tokoh kependekaran di Pagoh termasuklah Haji Alias, Haji Adam dan Haji Ahmad(orang2 yang terkenal handal dan berdarah pejuang di selatan Muar).Asalnya Salleh seorang peraih yg kerjanya mengutip hasil tanaman pendududk kampung utk dijual di Batu Pahat, tetapi perniagaan Salleh mula tergugat dengan kehadiran Jepun. Pada waktu itu MPAJA atau Malayan People Anti-Japanese Army, sebuah pertubuhan yg dikuasai PKM atau Parti komunis Malaya telah memulakan penentangannya terhadap Jepun. Lalu, Salleh telah mengambil keputusan berpindah ke Seri Medan, lubuk Parti Komunis Malaya atau terkenal dengan panggilan Bintang Tiga.Kerana dia seorang peraih yang aktif, pihak MPAJA pernah menawarkannya supaya masuk Parti Komunis Malaya konon supaya keselamatannya lebih terjamin. Buat masa ini Salleh masih dapat mempertahankan pendiriannya, iaitu dia tidak menyebelahi mana-mana pihak kerana masanya ditumpukan kepada berniaga dan menambah ilmu-ilmu keperwiraan. Salah seorang gurunya yang dianggap terhandal ialah Tuan Guru Haji Hussein. Dalam kesibukannya itu, akhirnya Salleh mendapat tapak yang sesuai untuk menetap terus di Parit Gantung, dekat Lopiak, kira-kira 4.8km sahaja dari Bandar Penggaram. Ketika British menyerah kalah pada 15 Februari 1942, Salleh mengambil keputusan menerima perlawaan Parti Komunis Malaya supaya bermesyuarat di Hutan Bukit Simpor (sarang komunis yang terbesar) di Parit Sulong. Ini seolah-olah memberi gambaran bahawa dia telah menjadi orang komunis atau sekurang-kurangnya penyokong yang bersimpati terhadap perjuangan komunis. Entah apa yang sebenarnya tersirat di hati Salleh, hanya dia dan Allah sahaja yang tahu. Namun, dia menerima semua arahan parti umpamanya mengutip cukai daripada penduduk kampong dan juga para peniaga. Kebetulan dia dapat melakukan dengan lebih pantas berbanding orang lain, maka dia lebih diharap oleh PKM. Begitupun, komunis tetap menaruh syak terhadap Salleh kerana Salleh pada ketika-ketika tertentu mungkir juga untuk menyampaikan hasil pungutannya kepada parti. Sebaliknya, apa yang Salleh lakukan ialah memberikan atau membahagi-bahagikan apa yang dipungutnya itu kepada penduduk yang lebih memerlukannya. Dia bertindak seperti Robin Hood tanpa diketahui PKM. Akhirnya pada suatu malam, segerombolan komunis datangg mengepung rumahnya di Lopiak. Pada masa itu dia sedang berada di dalam rumah, tetapi aneh sewaktu gerombolan komunis itu menceroboh masuk, mereka tidak menjumpai Salleh di dalam.Komunis mengulanginya hingga 7 kali pada malam-malam berikutnya namun Salleh tetap tidak dijumpai. Selepas itu, Salleh tidak lagi menjadi orang harapan, tetapi orang buruan yang sudah termasuk dalam senarai untuk ? tertanam ubi?, istilah bunuh bagi pihak komunis.

Friday, October 2, 2009

welcome to my blog..