Salleh bin Abdul Karim mungkin tidak dikenali,tetapi nama inilah yg meletakkan masyarakat Melayu kpd peradaban tertinggi terutama bagi pendududk sekitar daerah Batu Pahat dan Muar pada awal tahun 1940-an dahulu. Ingatan masyarakat Melayu terutama Banjar dan Jawa terhadap jasa-jasa Salleh bin Abdul Karim menganjur hingga ke penghujung tahun-tahun 70-an. Kini nama Salleh bin Abdul Karim, Atau biasa disebut Panglima Salleh atau Cikgu Salleh atau Kiyai Salleh atau Salleh Hitam atau Salleh Keling atau Guru Salleh atau Salleh Selendang Merah Itu sudah tidak lagi meniti di bibir kebanyakan orang, Malah sejarah keagungannya membela orang-orang Melayu yg dizalimi komunis pada zaman selepas pendudukan Jepun sudah tidak kedengaran lagi.Riwayat hidup Salleh sebelum dia dikenali sebagai pemimpin kpd gerakan perang membela maruah orang Melayu amat menarik utk dimaktubkan, seterusnya dinobatkan.Ini kerana disamping beliau seorang pemimpin agung bagi pengikut-pengikutnya, dia juga terkenal sebagai seorang pemimpin yg sanggup turun berjuang bermodalkan darahnya sendiri.Salleh dilahirkan di Tanjung Olak batu, Bukit Pasir, Muar pada tahun 1916 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Jorak. Ketika berusia 13 tahun, beliau telah pun mula menunut pelbagai ilmu kepahlawanan Melayu daripada beberapa tokoh kependekaran di Pagoh termasuklah Haji Alias, Haji Adam dan Haji Ahmad(orang2 yang terkenal handal dan berdarah pejuang di selatan Muar).Asalnya Salleh seorang peraih yg kerjanya mengutip hasil tanaman pendududk kampung utk dijual di Batu Pahat, tetapi perniagaan Salleh mula tergugat dengan kehadiran Jepun. Pada waktu itu MPAJA atau Malayan People Anti-Japanese Army, sebuah pertubuhan yg dikuasai PKM atau Parti komunis Malaya telah memulakan penentangannya terhadap Jepun. Lalu, Salleh telah mengambil keputusan berpindah ke Seri Medan, lubuk Parti Komunis Malaya atau terkenal dengan panggilan Bintang Tiga.Kerana dia seorang peraih yang aktif, pihak MPAJA pernah menawarkannya supaya masuk Parti Komunis Malaya konon supaya keselamatannya lebih terjamin. Buat masa ini Salleh masih dapat mempertahankan pendiriannya, iaitu dia tidak menyebelahi mana-mana pihak kerana masanya ditumpukan kepada berniaga dan menambah ilmu-ilmu keperwiraan. Salah seorang gurunya yang dianggap terhandal ialah Tuan Guru Haji Hussein. Dalam kesibukannya itu, akhirnya Salleh mendapat tapak yang sesuai untuk menetap terus di Parit Gantung, dekat Lopiak, kira-kira 4.8km sahaja dari Bandar Penggaram. Ketika British menyerah kalah pada 15 Februari 1942, Salleh mengambil keputusan menerima perlawaan Parti Komunis Malaya supaya bermesyuarat di Hutan Bukit Simpor (sarang komunis yang terbesar) di Parit Sulong. Ini seolah-olah memberi gambaran bahawa dia telah menjadi orang komunis atau sekurang-kurangnya penyokong yang bersimpati terhadap perjuangan komunis. Entah apa yang sebenarnya tersirat di hati Salleh, hanya dia dan Allah sahaja yang tahu. Namun, dia menerima semua arahan parti umpamanya mengutip cukai daripada penduduk kampong dan juga para peniaga. Kebetulan dia dapat melakukan dengan lebih pantas berbanding orang lain, maka dia lebih diharap oleh PKM. Begitupun, komunis tetap menaruh syak terhadap Salleh kerana Salleh pada ketika-ketika tertentu mungkir juga untuk menyampaikan hasil pungutannya kepada parti. Sebaliknya, apa yang Salleh lakukan ialah memberikan atau membahagi-bahagikan apa yang dipungutnya itu kepada penduduk yang lebih memerlukannya. Dia bertindak seperti Robin Hood tanpa diketahui PKM. Akhirnya pada suatu malam, segerombolan komunis datangg mengepung rumahnya di Lopiak. Pada masa itu dia sedang berada di dalam rumah, tetapi aneh sewaktu gerombolan komunis itu menceroboh masuk, mereka tidak menjumpai Salleh di dalam.Komunis mengulanginya hingga 7 kali pada malam-malam berikutnya namun Salleh tetap tidak dijumpai. Selepas itu, Salleh tidak lagi menjadi orang harapan, tetapi orang buruan yang sudah termasuk dalam senarai untuk ? tertanam ubi?, istilah bunuh bagi pihak komunis.
No comments:
Post a Comment