Wednesday, October 7, 2009

Datokku Seorang Perjuang

Dalam coretan SELEMPANG MERAH yang aku ceduk dari mana mana artikal ada kebenarannya kerana aku sendiri pernah mendengar sendiri cerita tu dari atok aku sendiri Hj Tunas Bin Othman dari kampung SARANG BUAYA SEMERAH BATU PAHAT JOHOR. yang merupakan salah seorang panglima atau bala tentera SELEMPANG MERAH. Tetapi yang diceritakan oleh beliau adalah peristiwa yang berlaku di Johor aje tak tau lak aku ada pulak di sungai manik perak. Walaubagaimana pun kita patut sama sama menghargai perjuangan mereka walau dimana saja mereka " Al Fatihah" buat mereka yang gugur demi menegakkan maruah bangsa agama dan negara.

Sedikit cerita yang pernah aku dengar, sifat orang kita yang tidak dapat dikikis dari dulu hingga sekarang ialah PHD. ( harap hanya segelintir aje le) Jadi di zaman penjajahan tu ramailah le orang orang kita yang handal handal terkorban begitu saja tanpa pembelaan. Alhamdulillah munculnya Kyai Salleh dapat menyatukan ramai orang orang melayu dibawah panji Selempang Merah untuk menentang kezaliman bintang tiga diwaktu itu.

Bercerita ttg kezaliman komunis, datok (Abdullah Bin Hj Marzuki ) iaitu bapa kepada ayah aku sendiri terkorban akibat kekejaman komunis malah kami sekeluarga tidak tahu di mana kuburnya. Diceritakan telah beberapa kali pihak komunis ni cuba menangkap dan membunuh atok aku ni tetapi tidak berjaya. Maklumlah org dulu dulu sedikit sebanyak ada juga ilmu didada. Akhirnya beliau tewas juga akibat adanya orang kita menjadi talibarut komunis. Beliau diheret masuk kedalam hutan dan diikat pada pokok besar lalu ditebang pokok tersebut. Datok aku bersama beberapa orang kampung cuba membawa jenazah beliau keluar dari hutan tersebut tetapi tidak berjaya lalu jenazah beliau dikuburkan di tempat beliau terkorban. Nak cerita, bukan bangsa asing sebenarnya yang berjaya memusnahkan bangsa kita tetapi orang atau bangsa kita sendiri. Jadi beringatlah..... .

Allahyarham Hj. Tunas Bin Othman merupakan salah seorang yang agak dikenali Semerah Batu Pahat Johor. Beberapa kali ketika aku bersama rakan rakan sekolah mengeteh dibeberapa kampung sekitar dan biasalah org kampung .... dia org suka bertanya anak siapa , cucu siapa kalu aku sebut bapa lambat sikit diorang nak kenal tetapi kalau sebut aje cucu Tunas sarang buaya .... dengan pantas mereka ooooooooo cucu tunas rupanya. Jadi dapat le aku buat kesimpulan bahawa memang agak hebat gak datuk akuni ... kembang lubang hidung .... kah kah kah.... lebih lebih lagi bila pakcik pakcik atau wak wak yang seangkatan dengan atok aku bercerita ttg kehebatan datok ku itu. Bukan nak bermegah sekadar mengingat cerita keluarga... moga-moga jika aku tiada nanti dapat gak anak cucu cicit aku nanti tahu sedikit kisah keturunan mereka. Mengingat kisah semasa aku kecil dulu memang ramai orang yang datang ke rumah datuk aku untuk belajar silat. Yang seronoknya bila sampai waktu khatam silat... peh nasi ambeng oooooo .. nasi ambang dulu bukan macam pasar malam punya nasi ambang. Yang istimewanya nasi ambang tu kita adap empat atau lima orang sedulang besar bersama seekor ayam yang telah digulai.. memang tak dapat nak rasa sekarang ni.

Aku dan adik aku memang diantara cucu cucu Hj Tunas yang amat bertuah kerana adalah sedikit ilmu beliau yang dapat aku pelajari dari datok aku tu. Memang ramai sepupu aku yang jelous tetapi bukannya pilih kasih tetapi kerana aku memang dibesarkan di rumah atok aku jadi memang rapatlah aku dan adik aku dengan atok dan nenek aku tu. Balik sekolah aje aku pulang ke rumah atok pastu sementara aku nak pergi sekolah agama dapat le aku bermanja dan mendengar cerita kisah dulu dulu dengan atok aku tu.

Berbanding aku dengan adik aku, adik aku dapat la lebih menuntut ilmu dari atok aku tu maklumlah lepas form three aje aku g asrama penuh dan semasa datuk meninggal dunia pu aku tak dapat pulang melihat buat kali terakhir..... . Apa yang aku dapat ialah belajar buah pukul 7 hari yang mana dapat aku turunkan kepada anak murid aku di sekolah. ( Alhamdulillah... ).

1 comment:

  1. Sya tinggal di dalam mukim 4, di mana rumah Kiyai Salleh terletak. Tntng ceta2 Selempang merah ni memang x asing lagi. (Arwah bapa tiri sya pun salah seorang dari ahlinya)semoga semangat ini dapat di resapi ke semua anak cucu ahli selempang merah agar dapat sama-sama mempertahankan bangsa agama dan tanahair. Syabash SM.

    ReplyDelete